? ??????????????Phone Booth? ????? ?? ???Rating: 4.5 (37 Ratings)??4895 Grabs Today. 41975 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????Soul Blossoming? ????? ?? ???Rating: 4.8 (13 Ratings)??3766 Grabs Today. 39550 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get t BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Sunday, May 17, 2009

PENGENALAN

Pembentukan Persatuan Penulis Nasiaonal(PENA) bermula di persatuan penulis pada 12 Febuari 1961 di Dewan Kuliah A, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya. Pendaftaran rasminya telah disahkan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia pada 2 September 1962 dan kegiatannya berpusat di Kuala Lumpur. Pengasas PENA antara lain ialah A. Samad Ismail, Asraf Hj. Wahab, S. Husin Ali, Usman Awang, dan Ali Haji Ahmad.Penubuhan PENA merupakan lanjutan daripada gerakan ASAS 50 yang berpindah dari Singapura ke Kuala Lumpur.
PENA menjadi gerakan intelektual yang menghidupkan kegiatan bahasa, sastera dan budaya. Keprihatinan PENA begitu mendalam terhadap isu bahasa Melayu, pengiktirafan sastera, ejaan baru, pendidikan di peringkat universiti, kebajikan seta kebebasan penulis dan penulisan. PENA telah menggunakan akhbar utama sebagai media gerakan bahasa, sastera dan budayanya bagi menyalurkan cita-cita kebangsaannya.Semangat dan cita-cita kebangsaannya terpancar jelas pada mukadimah Perlembagaannya:Menyedari bahawa bahasa dan sastera sebagai pancaran keperibadian masyarakat dan manusia; bahawa keperibadian sastera nasional harus dalam penjelmaannya daripada bahasa nasional(Malaysia); bahawa sesuatu masyarakat itu diikat oleh hukum bertulis dan tidak bertulis - dengan persefahaman, tradisi dan moralnya; bahawa penulis dan sasterawan mempunyai peranan dan tanggungjawab baik untuk kepentingan masyarakat yang utuh bersatu padu dengan maruah dan keperibadian nasionalnya.

0 comments: