? ??????????????Phone Booth? ????? ?? ???Rating: 4.5 (37 Ratings)??4895 Grabs Today. 41975 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????Soul Blossoming? ????? ?? ???Rating: 4.8 (13 Ratings)??3766 Grabs Today. 39550 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get t BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, May 26, 2009

PERHIMPUNAN PENULIS MUDA MALAYSIA 2009

Perhimpunan Penulis Muda PENA Malaysia (PPPMM) 2009 II merupakan perhimpunan penulis muda yang kedua setelah PPMM2005 di Tanjung Piai, Pontian, Johor. PPPMM09 ini diadakan sebagai suatu usaha untuk melihat perkembangan dunia kesusasteraan pada masa hadapan. Pandangan dan idealisme sasterawan muda pada hari ini dapat dilihat sebagai satu gambaran terhadap bentuk dan wajah sastera pada masa hadapan.


Sejarah dunia kesusasteraan Melayu telah melalui zaman yang panjang. Ia mula berkembang mantap pada zaman Asas 50 yang memperjuangkan idealisme ‘seni untuk masyarakat’. Zaman ini dilihat sebagai gelombang semangat kemerdekaan yang mencari landasan bagi keperibadian sastera Melayu. Lambang daripada gerakan ini ialah wujudnya institusi bahasa dan kesusasteraan Melayu iaitu, Dewan Bahasa dan Pustaka. Pada dekad penghujung 60-an dan awal 70-an memperlihatkan gelombang nasionalisme yang idealis, menggerakkan perjuangan ke arah meletakkan unsur-unsur keMelayuan sebagai asas pembinaan negara. Gerakan ini berakar di institusi pengajian tinggi terutamanya Universiti Malaya. Kejayaan besar dari gerakan jalur kedua menghasilkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Persatuan-persatuan Penulis.


Pada dekad 80-an membawa kepada 90-an wujud semacam gerakan yang berbeza daripada dua zaman awal tadi. Zaman ini mewakili proses pemantapan dunia kesusasteraan Melayu yang didukung oleh tenaga intelektual dan birokrasi yang membawa cita-cita kerajaan ke arah pembangunan negara maju. Pada akhir dekad 90-an, dibawa juga tempias daripada gerakan penulis muda pada sekitar dekad 80-an lahir beberapa bentuk gerakan idealisme kesasterawanan daripada sebilangan penulis muda. Gerakan tersebut telah membawa lahirnya karya dan pemikiran yang berbeza daripada dekad sebelumnya hasil daripada produk Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang telah melahirkan kumpulan besar golongan menengah bumiputera.


Kehadiran penulis-penulis muda ini mula dilihat penting bermula pada sekitar tahun 90-an apabila mereka diberikan tempat yang luas di dalam ruang-ruang kesusasteraan. Dekad 90-an membawa kepada dekad 2000-an merupakan era baru kesusasteraan yang dilihat merungkai hegemoni orientasi pemikiran sastera abad ke-20, yang penuh dengan idealisme nasional. Sebaliknya pada dekad awal abad ke-21 ini penulis-penulis muda yang lahir dilihat melakur dalam era pensejagatan yang menggabungkan ‘yang ideal’ dan ‘yang realiti’. Penulis-penulis muda pada era ini telah muncul untuk membawa suatu bentuk idealisme pensejagatan. Dalam masa yang sama memperjuangkan nilai-nilai estetika sastera Melayu melalui pendekatan zaman abad ke-21.


Melaka selain daripada telah diiktiraf sebagai tapak warisan dunia juga merupakan tapak kepada tamadun gemilang Melayu. Amatlah wajar untuk membawa generasi muda mengenali sejarah tamadun Melayu yang gemilang ini. PPMM09 ini merupakan landasan yang amat baik untuk membawa generasi muda kepada kesedaran sejarah khususnya sejarah kegemilangan Melaka. Sekaligus mengenalkan generasi muda ini kepada sejarah perkembangan negara – Malaysia.

0 comments: